Setelah di audit kehadiran...
Tarikh D`Ambang Wati 2012 : 31 Disember 2011
Masa : 12pm hingga 2 pagi
Lokasi pilihan : Masjid Jamek Kg Sungai Gulang-Gulang
Hairiah Bakery & Caterer
Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat
Mee Banjir Udang Batu 10 (bersebelahan dgn Maahad Tahfiz)
tengok kelip2 di Kg Kuantan, Kuala Selangor
TT terlajak bakar mercun.
52 buah kereta Grand Livina telah menyertai TT D`Ambang Wati 2012...
250 orang peserta termasuk kanak-kanak
8 buah kereta dari Eastern Livinian
1 buah kereta dari Southern Livinian
Mendapat bantuan polis Trafic Kuala Selangor seramai 8 orang untuk menjaga lalu lintas dan mengiringi konvoi dari Plaza Tol Ijok hingga ke Masjid Kg Sungai Gulang2..
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada :-
1) Encik Akasyah(walau sudah tidak berlivina namun sudi mengikuti program konvoi ini) yang bermurah hati menyumbangkan goodies utk setiap peserta (1 kereta 1 goodies) dan juga 10 barang eksklusif untuk cabutan bertuah.
2) Encik Jasmi yang sudi menyumbangkan goodies yg sangat cun debomm kepada semua peserta.
3) Encik Azman Manaf, yang sudi menyumbangkan botol air Upin & Ipin untuk anak-anak peserta konvoi, yang terkucil tercicir tidak dapat sebenier tersebut, pihak urusetia memohon jutaan ampun dan maaf.
4) Sumbangan beg goodies berisi roti, kek dll dari Ustaz Zaki.
5) Sumbangan tabung dari MBSB- terima kasih kepada Encik Rais.
6) Sumbangan dari Nissan, petronas, MBSB, RHB, Ambank untuk cabutan bertuah.
7) Sumbangan khas dari MAS, Nissan, Encik Akashah & Takaful Malaysia untuk cenderahati pegawai2 polis trafik yang terlibat dengan tt D`Ambang Wati 2012

Sumbangan topi golf yg cute dari Encik Azmi4224 untuk cabutan bertuah.
9) Terima kasih kepada Hairiah Bakery & Caterer yang bertungkus lumus menyediakan juadah nasi ambeng, pecal, soto, cendol, air minuman sampingan, kelapa muda..berbaloi2 dengan harga yang ditawarkan...
10) Terima kasih kepada FAMA Kuala Selangor yang menghantar durian TERBAGUS dengan harga yang TERHEBAT...
11) terima kasih kepada kesemua ajk, urusetia dan penyelaras program yang bertungkus lumus bantu membantu bagi melancarkan program dari mula hingga selesai...2 tahun punya TT...keluar rumah tahun 2011...balik rumah tahun 2012...dan
12) terima kasih kepada kesemua peserta yang memberikan kerjasama yang sangat termantap !!!
InsyaAllah...kita akan jumpa lagi di lain aktiviti...