Selamat pengantin baru kepada Affe dan Fiza. Semoga berbahagia sampai syurga.

Also ty kepada semua livinians yang ke sana, especially kerana reservekan parking lot untuk aku. sorry sebab tak sempat join dari RnR Seremban pagi tu.
Memang happening kat rumah pengantin dengan kompang daripada kumpulan kedua-dua mempelai. Berlawan-lawan, sampaikan lebih ramai orang menonton kompang daripada melihat pengantin. Meja makan pun lengang sebab orang semua bangun tengok kompang berbalas 'serangan'.
On the way balik singgah Muar, pekena mee bandung muar dan roti arab, menambah kenyangnya perut dan kuyunya mata.
Paling tak tahan masa balik tu, dan memang kena tabik spring kat Ustaz. Maintain speeding kat lane kanan, sampaikan sebijik porsche cayenne terpaksa menunggu dari exit rembau sampai exit senawang untuk memotong ustaz.
Foto2 daripada aku, murid tahun 1 ni lambat sikit sebab imageshack ni bila malam slow sikit la, mungkin kat US tengah busy upload foto agaknya.
Wassalam